Thursday, January 5, 2012

BATUK @ BATOK

Daripada kecik lagi, selalu pelik kenapa
“melepaskan batuk di tangga”
tu bermaksud buat kerja separuh jalan?
Cikgu-cikgu Bahasa Melayu masa sekolah rendah pun takde explain lebih lanjut pasal apa batuk tu.
Jadi brader assume maksudnya
kita batuk dekat tangga.
Tapi memang tak boleh relate,
kenapa batuk dekat tangga tu maksudnya
buat kerja tak habis? Kenapa batuk?
Bukan bersin di tangga ke, sendawa ke, menguap ke?
Masa sekolah menengah, barulah cikgu saya
(tak ingat dah cikgu mana...)
cakap yang sebenarnya bukan batuk, tapi batok.
Disebabkan perubahan ejaan jawi ke rumi,
ramai orang tersalah anggap bahawa
batok tu bermaksud batuk.
Apa batok tu? Batok tu sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa.
Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah,
kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan.
Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan.
“Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal,
iaitu kita tinggalkan macam tu je
dekat tangga lepas guna.
Macam lepas guna getah paip dalam tandas,
tak letak hujung dia dekat pemegang lah lebih kurang.
Daripada situlah ia bermaksud
buat kerja separuh jalan.

Inilah contoh batok tu ye kawan-kawan:

Pegar Yang Makan Padi, Bukan Pagar Makan Padi


Peribahasa Melayu "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi" sebenarnya diambil berdasarkan ayat "Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi".

Dulu aku selalu ingat betapa tingginya imaginasi org Melayu dulu2 sebab boleh bayangkan pagar kayu tu makan pokok padi. Tapi bila dah besar aku perasan bhw aku tak pernah nampak org Melayu letak pagar kat sawah padi, dan lebih malang aku juga tak pernah nampak pagar makan padi.

Bayangan dlm otak kopiku...

Pagar makan padi memang tak lojik la, tapi kalo burung pegar yg makan padi ada lojiknya. Kekhilafan nie berlaku disebabkan ejaan pegar dlm bahasa jawi (tulisan rasmi org Melayu dulu2 sehingga awal 1970-an) bila ditukar kpd tulisan rumi (ABC) berubah jadi pagar.

Apa itu burung pegar? Kalo nak tau inilah rupa burung tu, org putih panggil pheasant. Burung pegar sedap dipanggang.

Burung pegar jantan

Burung pegar betina

Saiz telur burung pegar lebih kecil drpd telur ayam.